Make your own free website on Tripod.com

Ruby's Cookies

 

Makarun Coklat  Back to Recipe main page
Bahan-Bahan:
140 gm badam
110 gm coklat pahit manis                                                       (sebaik-baiknya jenis Lindt atau Tobler)
1 camca teh esen vanila
2 biji putih telur
150 gm gula halus
1 camca besar mentega
50 gm coklat pahit manis             - bahan inti
2 camca besar krim putar             - bahan inti
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 135'C. Bakar badam 5 minit di dalam ketuhar. Sejukkan badam baru dikisar. Cairkan coklat bersama esen vanila. Putar putih telur bersama badam dan gula menggunakan pengadun elektrik dengan kelajuan rendah. Masukkan coklat cair dan putar perlahan-lahan hingga rata. Masukkan adunan ke dalam beg paiping dan paip adunan di atas dulang bakar yang dilengser sedikit mentega. Sekali paip, anggarkan adunan 1 camca sedang besarnya. Kemudian basahkan hujung jari dengan air dan ratakan permukaan adunan. Bakar adunan 15-18 minit pada suhu 180'C. Apabila biskut masak sejukkan dahulu. Cairkan coklat bersama krim putar di atas api kecil. Kacau rata dan sejukkan. Setelah makarun sejuk, bolehlah ditangkupkan dua biskut dengan bancuhan coklat di tengah-tengahnya.

 

 

Home | Order Form  | Recipes | Feedback | Tell a Friend  
 
 


For assistance call us at 65847048 or email at ruby@singapore.com